Perhatian kepada ibubapa yang mempunyai anak remaja
Adakah Anda Menghadapi Masalah Dengan Anak Remaja Anda?
Kini Anda Mampu Menangani masalah anak remaja anda .. ….melalui ….. Walaupun Anda Busy!
Daripada: Azian Hasan Tempat: Subang Jaya, Selangor,Malaysia Tarikh: Re: Rahsia Sebenar Mendidik Anak Remaja Dalam Masa Yang Singkat Kini Terbongkar
Ibu Bapa Yang Dihormati,
Pernahkah Anda merasa Sukar Untuk Memahami Anak Remaja Anda?
Adakah anda Sukar Untuk Berkomunikasi dengan mereka?
Sering bertengkar dan tidak sependapat?
Anda merasakan yang hubungan anda dengan anak remaja anda semakin renggang,
Anda susah hati?
Ya, saya sendiri mengakui bahawa saya juga adalah salah seorang dari jutaan ibubapa di dunia ini yang mengalami masalah tersebut...
Pening kepala dibuatnya..tak tahu apakah cara penyelesaian terbaik. Sudah banyak kursus serta seminar yang saya hadiri dan juga sudah banyak buku yang saya baca, namun ianya tidak dapat membantu saya menangani permasaalahan ini.……sehinggalah satu hari , saya sedar bahawa kesemua masalah tersebut perlu ditangani oleh saya sendiri dan penyelesaiannya ada pada diri saya sendiri. Saya tidak memerlukan orang lain untuk membantu saya menyelesaikan masalah anak remaja saya. Mereka anak saya, saya yang melahirkan mereka maka sayalah yang sepatutnya turun padang dan menyelesaikan masalah saya dan anak remaja saya.
Pertama kali yang perlu saya lakukan adalah membuang ego saya jauh-jauh. Saya perlu memasuki alam mereka dengan had-had yang tertentu. Perlu ada keseimbangan antara menjadi kawan dan mempunyai kuasa sebagai ibu . Tak perlu terlalu keras dan juga tak perlu terlalu berlembut..ibarat menarik rambut di dalam tepung.Hasilnya .. Alhamdulillah…berkat dengan ilmu, kuasa doa dan amalan..sedikit sebanyak ianya sudah membuahkan hasil.
Saya bukanlah mengatakan yang saya adalah yang terbaik. Saya cumalah seorang ibu yang biasa sahaja. Pengalaman, pergaulan, pengamatan dan segala ilmu yang saya ada patut rasanya saya kongsi bersama anda semua. Walau apa kedudukan dan pangkat, rupaparas, bahasa dan bangsa, kita adalah ibu dan bapa kepada anak-anak kan? Kita berhak menjadi ibubapa yang disayangi dan dicintai oleh anak-anak kita. Bukan setakat untuk mereka menjadi seorang yang berjaya di dunia tetapi yang lebih penting lagi adalah cemerlang dunia dan akhirat.
Anda sudah bersedia untuk merubah diri dan anak remaja anda wahai ibubapa sekelian?
Serius? bagus!!!
Saya bakal tunjukkan kepada anda satu rahsia di mana anda cuma perlu baca, faham dan praktikkan bersama anak remaja anda. Anda tidak perlu lagi pening kepala tentang bagaimana untuk merapatkan hubungan anda dengan anak remaja anda. Anda hanya perlu baca segala kandungan e-book ini, kenali kembali anak remaja anda dan menyemai kembali benih cintc antara anda dan anak anda. Anda mampu menjadi ibubapa yang disanjungi dan disayangi anak remaja anda walaupun anda keluar bekerja pukul 7 pagi dan pulang 9 malam setiap hari.
Berikan Saya Peluang Untuk Membantu Anda Mengubah Hidup Anda!!
Memperkenalkan E-book Anda Busy..Remaja Anda Crazy
Di dalam e-book ini anda akan didedahkan dengan pelbagai informasi, tips serta teknik yang pasti berkesan untuk anda gunakan sebagai panduan dalam usaha ibubapa mendidik anak remaja mereka.
(Namun begitu perlu ditekankan disini bahawa ini bukanlah boleh didapati dalam sekelip mata, ini hanyalah solusi dan memerlukan ibu dan bapa sama-sama berusaha.)
Cepat dan mudah untuk dibaca! Itulah yang dapat saya katakan apabila membaca ebook Anda Busy… Remaja Anda Crazy ini. Ebook ini dipersembahkan dengan susunan dan gaya bahasa yang menarik sekali.
Pada saya kekuatan atau ‘strength” ebook ini ialah pada Bahagian Dua apabila tips-tips menangani pelbagai kerenah remaja disampaikan dengan mantap dan disertai dengan actionable points yang sesuai diguna-pakai.
Mudah, Padat dan Berkesan untuk semua, terutama para ibu bapa, yang berhadapan dengan anak-anak remaja masa kini.
Sabri Saifulsham Penulis Buku, Rahsia Buat Duit Dengan Internet dan Sistem Kedai Online
www.saifulsham.com
Setelah anda mengetahu rahsia yang terkandung di dalam ebook ini Anda tidak akan teragak-agak lagi untuk… Berbual dan bergelak ketawa dengan anak remaja anda. Anda boleh berkongsi cerita-cerita menarik tentang kehidupan seharian anda bersama anak remaja anda. Begitu juga dengan rintihan dan keluhan mereka tentang masalah yang mereka hadapi.
Mendapat semula keintiman dan kepercayaan dari anak remaja anda
Anda boleh menegur anak remaja anda tanpa risau akan terkeluarnya jawapan atau perkataan-perkataan kesat yang keluar dari mulut anak anda.
Anak anda boleh menyertai segala aktiviti keluarga tanpa dipaksa.
Dan banyak lagi……
Alhamdulillah saya baru sahaja membaca ebook yang sarat dengan ilmu dan panduan
yang dikongsikan oleh penulis melalui pengalaman beliau sebagai seorang ibu.
Ketika saya membaca tips-tips yang dikongsikan, apa yang datang dari suara hati
saya, jika semua ibu bapa yang mengamalkan petua yang dikongsikan oleh penulis
sudah pasti masalah gejala sosial akan dapat dicegah, walaupun tidak sepenuhnya.
Jika ingin memiliki anak-anak yang hebat, ibu bapa juga perlu menjadi pendidik dan
pelindung yang hebat kepada anak-anak, kerana ibu bapa adalah cermin kepada anak-anak.
Jadi dengan rendah hati, saya amat menyarankan kepada semua ibu-bapa yang hebat atau ingin menjadi
ibu bapa hebat supaya memiliki ebook ini. Tahniah kepada penulis, semoga dengan perkongsian ini akan
memberikan ‘value added’ kepada masyarakat khususnya ibu bapa yang hebat.
Dan dapatkan tip menarik dari kami tentang anak remaja anda dari masa ke semasa.
Hanya Perlu Masukkan Nama & Email anda di ruangan dibawah
Cuba Anda Bayangkan………..
Dengan hanya pelaburan yang sedikit untuk membeli ebook ini, anda akan dapat mempelajari pelbagai langkah dan teknik di dalam menangani pelbagai masalah anak-anak remaja anda.
Dan setelah meneliti dan mengamalkan ilmu di dalam ebook ini dan mencuba pelbagai teknik dalam menangani masalah anak remaja anda, anda kini tidak perlu pening-pening kepala lagi memikirkan tentang perangai anak anda. Berkat titipan ilmu yang teramals dan kesabaran, InsyaAllah masalah dengan anak remaja anda akan dapat diatasi.
Bayangkan dengan hanya pembacaan dan amalan hasil ebook ini, anda boleh tersenyum bangga dengan sahsiah diri anak-anak anda yang baik tatkala masyarakat menghadapi pelbagai masalah anak remaja yang kronik.
Kehidupan zaman serba mencabar pada hari ini sedikit sebanyak telah memberi kesan kepada institusi kekeluargaan. Rutin harian yang sibuk di dunia tanpa sempadan telah merobah interaksi anak-anak dengan ibu bapa mereka.
Hasilnya ramai ibu bapa sering dihantui perasaan bersalah dan cemas berpanjangan melihatkan perkembangan mutakhir anak-anak remaja yang begitu rancak dipengaruhi dengan faktor-faktor luar.
Ramai ibu bapa berasa hubungan dengan anak remaja begitu renggang dan masalah dihadapi anak remaja begitu sukar dikendalikan.
Sebagai seorang change agent dan fasilitator bagi Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K), saya melihat usaha Azian Hasan menerbitkan e-book “Anda Busy… Remaja Anda Crazy” amat tepat pada masanya.
Setelah menekuni isi kandungan e-book ini, saya yakin ibu bapa kini telah mempunyai satu “guidebook” yang boleh diguna pakai bagi menangani segala permasalahan berkaitan dengan anak-anak remaja mereka. E-book ini sarat dengan tips-tips berguna dan amalan-amalan yang sesuai dilakukan oleh seisis keluarga.
E-book ini sesuai untuk semua ibu-bapa, abang kakak serta para remaja sendiri.
Mior Azli (Pengasas Program Produktiviti Bersepadu 3K (PPB3K)
www.miorazli.com
Saya harap anda sebagai ibubapa yang hebat akan dapat merasakan betapa terlalu hebat, indah dan cantiknya hubungan yang terbina antara anda dan anak remaja anda. Tak perlu melancong ke Paris setiap tahun…duduk bersantai dengan mereka di rumah saja sudah cukup menggembirakan..Tak percaya? Cubalah!!!!
Ops.. Nanti Dulu… Cuba Lihat Bonus Yang Saya Sediakan Khas Untuk Anda
Jangan lengah-lengah lagi sesungguhnya untuk menjadi ibubapa yang cemerlang memerlukan ilmu yang banyak